Isnin, 9 September 2013

Latihan Kata Adjektif

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang sesuai.
Soalan pertama berdasarkan gambar di bawah :


1.   Pakaian pengemis itu kelihatan _______________  sekali.
A.      hodoh                  B. lusuh                                C. cantik                               D. indah


2.   Emak saya menggunakan pisau yang _________ untuk menyembelih ayam.
A.      tumpul                 B. baharu             C. tajam                               D. panjang

3.   Balai polis di kawasan perumahan saya terletak tidak ____________ dari balai bomba.
A.      jauh                      B. dekat               C. hampir                             D. samping

4.   Rasa peria itu __________ seperti hempedu.
A.      manis                   B. masam            C. pahit                                 D. masin

5.   Kerja yang dilakukan secara ___________ tidak akan sempurna jadinya.
A.    gopoh              B. lampat         C.cepat                       D. cermat
6.   Ada ramai ibu bapa yang datang bertemu dengan saya untuk mengikhtiarkan masalah anak-anak mereka yang ___________ dan tidak mendengar nasihat mereka.
A.      gembira               B. degil                 C. peramah                         D. berahi

7.   Seorang guru perlu mesra, _________ dan juga mudah untuk berkawan dengan sesiapa saja.
A.      degil                      B. peramah         C. gopoh              D. jelita

8.  Pemandangan di Bukit Tinggi memang ___________ dan mempersonakan.
A.      cantik                   B. jelita                 C. indah                D. dingin

9.   Perempuan yang ___________ itu adalah penyanyi terkenal Siti Nurhaliza.
A.      indah                    B.  jelita                                C. tegap               D. lusuh
10. Lee Chong Wei mestilah berbadan _______________  untuk menyertai pertandingan badminton antarabangsa.
A.      tegak                    B. gopoh              C. tegap               D. cantik
11. Emak saya suka menggunakan pisau yang tajam dan tidak ___________ semasa memotong sayuran atau daging
A.    tumpu             B. lumpur        C. tumpuh       D. tumpul

12. Rasa buah limau itu ___________ seperti cuka.
A.      masin                   C. manis               C. masam            D. pahit

13. Para penyelidik di Switzerland telah berjaya menghasilkan robot ___________ untuk disuntik ke dalam mata tanpa bantuan ubat bius.
A.    halus               B. kasar           C. hodoh         D. gopoh

14. Namun air yang ___________ jangan disangka tiada buaya.
A.    tenang             B. gopoh          C. biru             D. lumpur

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah :
                             
15.   Pintu rumah saya mempunyai kaca yang berbentuk _____________ .
A.    bujur                B. lonjong        C. bulat            D. segi empat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan