Bentuk:
·
Terdiri
daripada lima rangkap.
·
Pantun
ini berbentuk pantun empat kerat, iaitu dua baris awalan pembayang dan dua baris
akhir maksud pantun.
·
Pantun
ini mengandungi empat belas hingga lapan belas patah perkataan dalam satu
rangkap
·
Suku
kata terdiri daripada lapan hingga dua belas suku kata sebaris.
·
Rima
akhir tetap ‘a,b,a,b’.
Gambar sekadar hiasan : tolong-menolong "Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing." |
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
Repitasi
|
Masak dipetik satu per satu; (R2,B2)
|
Simile
|
Senyuman
manis seperti madu; (R4,B2)
|
Hiperbola
|
Mengairi
sawah beratus relung; (R3,B2)
|
Anafora
|
Kebudayaan
asal tidak dilupa,
Kebudayaan
nasional mereka banggai.
(R5,B3 – 4)
|
Responsi
|
Ada beras taruh dalam padi,
Ada ingat taruh dalam hati. (R4)
|
Kata Ganda
|
Tanda
bersatu bergotong-royong. (R3,B4)
|
Unsur Bunyi
|
Contoh
|
Asonansi
|
Petang hari pergi ke pekan, (R1,B1)
|
Aliterasi
|
Walaupun
berlainan bangsa budaya, (R2,B3)
|
Nilai:
·
Bekerjasama: Masyarakat berbilang kaum hidup bekerjasama
menjalankan amalan gotong-royong.
·
Hormat-menghormati: Masyarakat yang berbilang kaum saling
menghormati adat dan budaya masing-masing.
·
Semangat bermasyarakat: Menjalankan amalan gotong-royong
menunjukkan semangat hidup bermasyarakat.
·
Patriotisme: Masyarakat yang cinta akan tanah air dan
sentiasa bangga dengan kebudayaan
tempatan.
Pengajaran:
· Kita mestilah bertolak ansur dalam segala hal sebagai rakyat sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk.
· Kita perlulah hidup bersatupadu agar keharmonian negara dapat dikekalkan.
Teman belajar anda. Tidak kira walau dimana jua.
Belajar tanpa henti. Semoga bermanfaat.
Belajar tanpa henti. Semoga bermanfaat.
Sila klik pada gambar untuk mendapat paparan yang lebih jelas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan